apa itu copytrade?

CopyTrade ialah sebuah sistem yang membolehkan seseorang Copy Trading TRADER lain atau dikenali sebagai PROVIDER/MANAGER yang mempunyai prestasi yang bagus. Anda boleh buat pilihan sama ada ingin menjadi TRADER (Provider) atau pun SUBSCRIBER/FOLLOWER. Jika anda masih baru dalam Stock atau Forex trading dan tidak tahu langsung tentang trading atau tidak ada masa untuk bertrading, anda boleh menjadi SUBSCRIBER a.k.a INVESTOR sahaja iaitu copy trading PROVIDER/MANAGER yang hebat.
Copy Trade System adalah salah satu cara untuk menjana keuntungan dengan meniru pedagang lain dengan beberapa cara. Sistem ini telah membuktikan keuntungan dalam dagangan matawang berdasarkan prestasi yang ditunjukkan dalam sistem ranking di MFM Securities mengikut hari, minggu dan keseluruhan.
Di MFM Securities kami menawarkan peluang kepada anda sama ada untuk menjadi Pengurus (Trader) atau Peniru (Copy) atau kedua-duanya dalam masa yang sama. Anda cuma perlu membuka akaun wallet bersama MFM Securities dan anda boleh terus melakukan trading di platform kami. Anda juga boleh membuka lebih daripada satu akaun trading dengan menggunakan satu wallet dengan PERCUMA.
Kelebihan menjadi INVESTOR/SUBSCRIBER adalah :-
1. Untuk menjana keuntungan yang lebih baik dari Pasaran Forex dengan membiarkan pakar itu sendiri melakukan dagangan Forex
2. Mempelbagaikan portfolio pelaburan Forex anda, bukan hanya bergantung pada dagangan yang dilakukan oleh anda sendiri
3. Mempelajari dan mengetahui rahsia pakar – pakar Forex ini menjana keuntungan dan terbukti dengan cara dan kemahiran mereka tidak hanya menguntungkan mereka tetapi anda juga merasai tempias keuntungan tersebut
4. Memanfaatkan perkongsian Keuntungan dengan bahagian yang akan diperolehi daripada ciri Copy Trade itu sendiri.

Anda sememangnya tak perlu susah-susah fikirkan mengenai analisa teknikal/fundamental, teknik trading, entry, stoploss dan juga take profit. Anda hanya perlu cari manager yang anda mahu dan copy trade mereka.
Hasil dari copytrade ini anda akan menyimpan 70% ~ 90% dari profit yang dihasilkan. Sebagai contoh manager anda menghasilkan $1000 USD, maka anda sebagai INVESTOR/SUBSCRIBER, anda akan mendapat $700 USD ~$900 USD hasil dari trading tersebut 100% tanpa anda melakukan apa-apa.
1 akaun adalah untuk 1 manager, bayangkan jika anda mempunyai banyak akaun copier untuk 1 manager? Bukankah ia lebih memudahkan dan menggandakan lebih banyak profit anda tanpa risiko kena tipu mahupun susah payah trading. Biar Pro Trader lakukan untuk anda!
Anda boleh kenal pasti MANAGER mana yang bagus untuk anda copy di Trader Top Ranking yang ada di MFM Securities.
Maklumat lanjut tentang copytrade